Saturday, April 10, 2010

Tahniah SIMBIOSIS




1. Pada 3-4 April 2010 lalu Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Dahlia 2, Kumpulan Simbiosis telah diberi kepercayaan untuk membawa cabaran UiTM Perak ke Konvensyen KIK Peringkat UiTM di UiTM Kampus Puncak Alam.

2. Ini merupakan satu kepercayaan yang diberikan kepada Kumpulan Simbiosis selaku Naib Johan KIK UiTM Perak 2009. Bagi tujuan konvensyen tersebut Simbiosis turut diperkuatkan dengan kehadiran beberapa ahli KIK dari kumpulan Lotus Silver, Dudes dan lain-lain.

3. Konvensyen ini menghimpunkan semua juara KIK dari setiap kampus UiTM negeri di samping juara KIK dari kolej-kolej UiTM Shah Alam. Tentu sekali cabarannya hebat!

4. Saudara Khairul a.k.a. Baby mengetuai cabaran ini. Berbekalkan semangat dan keazaman yang tinggi serta tunjuk ajar dari tenaga pakar, percubaan kali pertama Simbiosis telah membuahkan hasil.

5. Simbiosis berjaya menjadi Naib Johan Konvensyen KIK Peringkat UiTM. Di samping itu, kita juga merangkul anugerah Persembahan Terbaik Keseluruhan.

6. Walau pun ada sedikit nada kecewa kerana kita mahukan tempat terbaik pada konvensyen itu, selaku Johan namun pencapaian ini sudah boleh dibanggakan.

7. Banyak lagi yang boleh kita tambah baik. Banyak lagi ruang untuk kita pergi lebih jauh. Banyak lagi peluang yang akan muncul.

8. Suka saya maklumkan bahawa Dahlia 2 mempunyai dua lagi kumpulan KIK yang berpotensi untuk dibangunkan dan pergi lebih jauh. Kita akan bergerak sederap, dan mengikuti jejak langkah kejayaan Simbiosis pada masa-masa akan datang.

9. Syabas warga Dahlia 2!

No comments:

Post a Comment