Monday, April 12, 2010

Berulangnya Kes Kecurian Komputer Riba



1. Menjadi satu kebiasaan apabila kecurian komputer riba akan berleluasa pada penghujung semester iaitu menjelang musim peperiksaan akhir.

2. Fenomena ini bukan sahaja berlaku di UiTM Perak, tetapi juga di lain-lain IPT. Layari internet untuk anda mengetahui cerita lanjut apa yang berlaku di IPT lain.

3. Malangnya pada setiap semester perkara ini berlaku, tiada tangkapan berjaya dilakukan sekaligus menimbulkan persoalan besar di minda. Siapa yang mencuri komputer riba tersebut? Rakan-rakan pelajar sendiri? Orang luar? Sindikit? “Usahasama”? atau……………………..?

4. Modus operandi kejadian hampir sama. Pintu bilik pelajar berjaya dibuka dengan mudah, pintu almari pelajar akan dikopak untuk mendapatkan komputer riba yang tersimpan dalamnya.

5. Memang ada kejadian di mana pelajar sendiri cuai. Tidak mengunci pintu, mengabaikan aspek keselamatan di kolej, terlalu mengambil mudah barangan beharga milik mereka atau apa sahaja bentuk kecuaian.

6. Namun, persoalan mengapa kejadian ini terus berulang masih belum terjawab.

7. Sebagai golongan cerdik-pandai yang tinggal di universiti kita sepatutnya mampu berfikir di luar linkungan pemikiran biasa. Tapi jangan pandang rendah keupayaan minda si pencuri!

8. Seharuanya permasalahan ini diatasi dengan member fokus kepada aspek mencari penyelesaian dengan mencari penyelesaian. Bukan kita hanya mengutarakan masalah demi masalah tanpa ada penyelesaian.

9. Bila terlalu focus kepada masalah, kita akan mudah menyalahkan pihak keselamatan, pengurusan kolej, pengurusan UiTM sendiri dan lain-lain pihak yang kita nampak boleh dipersalahkan.

10. Perkara utama sekarang ialah, bagaimana mengatasi masalah pintu bilik asrama yang mudah dibuka menggunakan kad. Itu yang paling asas.

11. Selepas itu, kita fikirkan bagaimana cara untuk kita sembunyikan komputer riba dari pandangan si pencuri kalau pun si durjana ini sudah terlepas masuk ke bilik pelajar. How to make the komputer invisible?

12. Nak atasi masalah pintu bilik senang dibuka dengan kad, hubungi kumpukan KIK Dahlia 2, Simbiosis. Mereka ada jawapan yang pasti!

1 comment:

  1. Di Fulamak Network, kami telah menghasilkan satu perisian yang mampu untuk memantau dan menyelesaikan hampir 80% masalah kecurian ini. Dengan hanya satu perisian bersaiz kecil anda boleh mendapatkan semula komputer riba anda yang hilang atau dicuri dengan bantuan perisian ini. Dengan 'webcam' yang terdapat pada komputer riba anda, perisian ini akan menangkap gambar suspek secara senyap dan jika komputer riba anda disambungkan ke internet, perisian ini akan menghantar gambar suspek ke akaun anda untuk anda kenalpasti suspek atau sertakan gambar suspek semasa membuat laporan polis. Alamat IP juga boleh digunakan untuk mengenalpasti lokasi komputer riba anda.



    Kami menamakan perisian ini sebagai F-Tracker dan kami menawarkan harga yang sangat menarik. Anda perlu memasang/install F-Tracker ke dalam komputer riba anda sebelum dicuri sebagai langkah keselamatan jika ianya terjadi kepada anda. Daftar segera dan dapatkan F-Tracker SEKARANG!

    http://face.fulamak.net/?id=1

    ReplyDelete