Monday, April 12, 2010
Berulangnya Kes Kecurian Komputer Riba
1. Menjadi satu kebiasaan apabila kecurian komputer riba akan berleluasa pada penghujung semester iaitu menjelang musim peperiksaan akhir.
2. Fenomena ini bukan sahaja berlaku di UiTM Perak, tetapi juga di lain-lain IPT. Layari internet untuk anda mengetahui cerita lanjut apa yang berlaku di IPT lain.
3. Malangnya pada setiap semester perkara ini berlaku, tiada tangkapan berjaya dilakukan sekaligus menimbulkan persoalan besar di minda. Siapa yang mencuri komputer riba tersebut? Rakan-rakan pelajar sendiri? Orang luar? Sindikit? “Usahasama”? atau……………………..?
4. Modus operandi kejadian hampir sama. Pintu bilik pelajar berjaya dibuka dengan mudah, pintu almari pelajar akan dikopak untuk mendapatkan komputer riba yang tersimpan dalamnya.
5. Memang ada kejadian di mana pelajar sendiri cuai. Tidak mengunci pintu, mengabaikan aspek keselamatan di kolej, terlalu mengambil mudah barangan beharga milik mereka atau apa sahaja bentuk kecuaian.
6. Namun, persoalan mengapa kejadian ini terus berulang masih belum terjawab.
7. Sebagai golongan cerdik-pandai yang tinggal di universiti kita sepatutnya mampu berfikir di luar linkungan pemikiran biasa. Tapi jangan pandang rendah keupayaan minda si pencuri!
8. Seharuanya permasalahan ini diatasi dengan member fokus kepada aspek mencari penyelesaian dengan mencari penyelesaian. Bukan kita hanya mengutarakan masalah demi masalah tanpa ada penyelesaian.
9. Bila terlalu focus kepada masalah, kita akan mudah menyalahkan pihak keselamatan, pengurusan kolej, pengurusan UiTM sendiri dan lain-lain pihak yang kita nampak boleh dipersalahkan.
10. Perkara utama sekarang ialah, bagaimana mengatasi masalah pintu bilik asrama yang mudah dibuka menggunakan kad. Itu yang paling asas.
11. Selepas itu, kita fikirkan bagaimana cara untuk kita sembunyikan komputer riba dari pandangan si pencuri kalau pun si durjana ini sudah terlepas masuk ke bilik pelajar. How to make the komputer invisible?
12. Nak atasi masalah pintu bilik senang dibuka dengan kad, hubungi kumpukan KIK Dahlia 2, Simbiosis. Mereka ada jawapan yang pasti!
Grup Facebook Dahlia 2 Kian Berkembang
1. Semakin ramai warga Dahlia 2 mendaftar di facebook (FB) Dahlia 2.
2. Jumlah keanggotaan dalam grup Dahlia 2 setakat ini ialah 62 pelajar. Syabas dan tahniah saya ucapkan.
3. Saya berharap, lebih ramai warga Dahlia 2 tampil mendaftar dalam grup ini. Ini adalah saluran informasi yang menghubungkan RS Dahlia 2 dan warga pelajar yang menginap di blok.
4. Usaha ini dipelopori hasil inisiatif kreatif kita. Semoga ia akan menjadi tanda aras yang baik kepada blok-blok lain di UiTM Perak khususnya dan UiTM keseluruhan amnya.
5. Bersama kita letakkan nama Dahlia 2 - Kolej Cempaka Sari, UiTM Perak sebagai grup utama yang dapat kita manfaatkan.
Sunday, April 11, 2010
Gotong Royong Dahlia 2
1. Gotong-royong blok Dahlia 2 telah diadakan pada 7 April 2010 (Rabu).
2. Pada awalnya kami selaku RS dan AJK blok agak kebimbangan dan kebingungan kerana tak ramai yang turun padang. Ditambah pula faktor cuaca yang sering hujan di sebelah petang.
3. Namun sangkaan saya bahawa warga Dahlia 2 yang selama ini bersatu dan bekerjasama nyata sekali tidak meleset. Kita membuktikan bahawa kita adalah warga UiTM yang bersyukur dan bersatu dalam banyak perkara.
4. Perancangan untuk mengecat bahu jalan di Dahlia 2 berjaya kita realisasikan. Lihatlah sekeliling anda, betapa keadaan sudah berubah wajah.
5. Kita berjaya menyiapkan kerja-kerja mengecat dalam masa yang singkat. Dari kutipan kad aktiviti, mencatatkan kehadiran lebih dari 80 pelajar. Inilah hasilnya apabila kita bergotong royong dan bekerjasama.
6. Dengan hasil yang telah kita usahakan, saya yakin anda sebagai warga yang menghuni Dahlia 2 akan lebih menyayangi blok Dahlia 2.
7. Saya ucapkan terima kasih kepada semua yang menjayakan gotong-royong tempohari. Semangat ini akan kita teruskan pada semester akan datang selama-lamanya selagi mana kita termampu.
Saturday, April 10, 2010
Tahniah SIMBIOSIS
1. Pada 3-4 April 2010 lalu Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Dahlia 2, Kumpulan Simbiosis telah diberi kepercayaan untuk membawa cabaran UiTM Perak ke Konvensyen KIK Peringkat UiTM di UiTM Kampus Puncak Alam.
2. Ini merupakan satu kepercayaan yang diberikan kepada Kumpulan Simbiosis selaku Naib Johan KIK UiTM Perak 2009. Bagi tujuan konvensyen tersebut Simbiosis turut diperkuatkan dengan kehadiran beberapa ahli KIK dari kumpulan Lotus Silver, Dudes dan lain-lain.
3. Konvensyen ini menghimpunkan semua juara KIK dari setiap kampus UiTM negeri di samping juara KIK dari kolej-kolej UiTM Shah Alam. Tentu sekali cabarannya hebat!
4. Saudara Khairul a.k.a. Baby mengetuai cabaran ini. Berbekalkan semangat dan keazaman yang tinggi serta tunjuk ajar dari tenaga pakar, percubaan kali pertama Simbiosis telah membuahkan hasil.
5. Simbiosis berjaya menjadi Naib Johan Konvensyen KIK Peringkat UiTM. Di samping itu, kita juga merangkul anugerah Persembahan Terbaik Keseluruhan.
6. Walau pun ada sedikit nada kecewa kerana kita mahukan tempat terbaik pada konvensyen itu, selaku Johan namun pencapaian ini sudah boleh dibanggakan.
7. Banyak lagi yang boleh kita tambah baik. Banyak lagi ruang untuk kita pergi lebih jauh. Banyak lagi peluang yang akan muncul.
8. Suka saya maklumkan bahawa Dahlia 2 mempunyai dua lagi kumpulan KIK yang berpotensi untuk dibangunkan dan pergi lebih jauh. Kita akan bergerak sederap, dan mengikuti jejak langkah kejayaan Simbiosis pada masa-masa akan datang.
9. Syabas warga Dahlia 2!
Subscribe to:
Posts (Atom)